Monday, December 30, 2013

Perginya 2013.

2013...

Permulaan yang menggembirakan..membahagiakan..sebagai gadis yg berumur 22 tahun..aku punya keluarga, punya kekasih hati, punya kerjaya sendiri..Alhamdulillah aku bersyukur untuk kurniaNya yang amat berharga dalam hidupku..cukup sempurna..

Namun awan tak selalu cerah..hujan juga akhirnya..dugaan datang tanpa ku duga..entah dimana silapnya sekelip mata hati seseorang berubah..dia yang aku sayang sepenuh hati kini tidak lagi ku kenal..mulanya aku anggap ia hanya ujian untuk sebuah perhubungan..adat bercinta mestilah ada manis pahitnya..aku cuba selitkan perasaan yg positif setiap kali fikiran negatif muncul..bermacam-macam yang telah aku lakukan untuk pertahankan perhubungan itu..namun aku tahu kalau dah tertulis dia bukan untukku, apapun yang aku lakukan dia tetap takkan jadi milikku..aku redha..dengan ikhlas hati melepaskan dia yang kini bahagia bersama seseorang yang aku kenali..

Selepas peristiwa itu aku cuba memulakan sebuah kehidupan yang baru..bersama kerjaya yang baru ditempat yang baru..Alhamdulillah..hidup aku makin bz dengan kerja dan itu yang membuatkan aku lupa pada peristiwa pahit itu..tapi parutnya masih ada sehingga kini..di sana aku mengenali seseorang..seseorang yang membuatkan aku dicuit rasa bahagia..macam org mula2 bercinta..indahkan rasa tu? Disebabkan aku masih trauma dengan cinta yang dulu, aku cuba menjarakkan hubungan kami. Kami tak declare, hanya teman rapat. Dia pulak rajin melayan aku. Dia layan aku macam seseorang istimewa a.k.a gf walaupun kami xpernah sebut tentang hubungan kami. Sampailah suatu hari kami makan bersama dan waktu itulah dia membuka mulut menyebut tentang kesahihan hubungan kami. Mula-mula dia seolah-olah taknak cakap tapi aku perasan renungan matanya berbeza sejak kebelakangan ni. Sebaik saja dia memberitahu tentang perkara itu aku terus terdiam. Meneruskan suapan makanan walaupun hakikatnya aku dah tak rasa lapar lagi. Saat tu aku cuba mengumpul kekuatan utk tidak mengalirkan airmata biarpun dia memandang tepat ke mata ku. Aku senyum. hanya itu kekuatan yang aku ada saat itu. Tahu apa yg aku rasa masa tu? Kosong. Sekosong-kosongnya. Aku memandangkan matanya dan senyum. Saat itu aku dpt melihat wajah serba salahnyaa kerana melukakan hati aku. Berkali-kali dia memohon maaf. Reaksi aku? Hanya senyum dan berkata 'takpe..'

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.."

Sejak dari tu, dia tidak lagi menegurku. Kami seperti orang asing walaupun setiap hari bertembung. Almaklumlah satu ofis dan meja pulak dekat je. Teman ofisku semua perasan. Sehingga kini kami xpernah lagi bertegur sapa di ofis. Aku dgn kerjaku dan dia dengan kerjanya. Tipulah kalau hati aku tak terluka. Biarpun aku bukan gf dia tapi aku pernah sayang dia. Pernah berkongsi kebahagiaan dan juga kesedihan.

Kesedihan? Ya..kesedihan..
Sewaktu bulan puasa yang lalu, arwah nenek bertambah tak sihat. Dia tidak lagi macam dulu selalu berborak bergelak ketawa dengan kami semua. Dia jadi semakin tak berdaya untuk melakukan apa-apa. Sebaik sahaja arwah nenek jadi macam kami semua xberpeluang dah untuk berborak dengan dia seperti selalu. Fizikalnya seperti tak sedar tapi sebenarnya dia masih sedar. Waktu tu anak-anaknya (mama dan adik beradik mama) sering disisinya. Menemaninya..menjaganya..melayannya dengan penuh kasih sayang..cuba beri yg terbaik untuknya..sering menghabiskan masa mereka bersamanya..aku sendiri melihat bagaimana mereka menguruskan arwah wan..dan begitu jugalah yang akan aku lakukan kepada keluargaku nanti..
Raya tahun ni tak sempurna bagi kami sekeluarga..kerana keadaan arwah wan begitu. Raya kami tak semeriah tahun lepas. Aku pun tidak pulang ke kampung kerana menurut mama tak rasa nak balik kampung. Dia nak habiskan masa dengan emaknya. Aku dan papa akur. Kami tak pulang ke kampung. Begitu juga saudaraku yang lain mereka pun tidak kemana-mana. Tetap disisi menemani arwah wan.
Pada hari raya ke3, selepas subuh aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama. Aku dengar suara mama berbeza. Mama menyuruhku bersiap dan datang ke rumah arwah wan segera. Aku bingkas bangun dan bersiap. Kemudian aku terus ke rumah arwah wan. Waktu itu bermacam benda bermain di minda. Aku seperti dpt mengagak tapi aku cuba berfikiran positif. Tiba saja di rumah arwah wan, mama memandang wajahku sayu. Mama menyuruhku pergi melihat arwah wan. Aku melihat arwah wan kaku. Pucat. Aku memandang wajahnya, memegang tangannya sejuk. Dan aku menyebut.."Wan.." Saat itu aku melihat semua seperti pasrah dalam rela. Dan saat itu juga bapa saudaraku dan emak saudaraku mengatakan yang arwah wan dah takde. Dia dah pergi buat selamanya. Aku tak mampu menanggung rasa sedih lagi. Akhirnya airmataku gugur dan terus gugur tanpa henti. Hancur luluh hati ini hanya Allah yang tahu. Aku kini kehilangan satu-satunya nenek yang aku ada. Satu-satunya nenek yang membesarkanku. Terlalu banyak memori indah sewaktu aku kecil bersamanya. Nasihatnya akan aku ingat. Begitu juga redup pandangan matanya, masih segar diingatan. Bila rindu pusaranya menjadi tatapan. Biarpun bz dgn kerjayaku tapi bila ada kelapangan aku akan menziarahi pusaranya kerana disitulah aku dpt melepaskan rindu. Alfatihah.

Perginya arwah wan merupakan satu kehilangan yang besar bagi kami sekeluarga. Terlalu berat dugaan ini bagi keluargaku dan juga diriku. Tahun 2013 ini tidaklah seindah yang ku sangka. Satu demi satu aku hilang. Satu demi satu terpaksa aku lepaskan tanpa rela. Namun aku sedar semua ini sudah tertulis. Inilah yang telah tersurat. Sebagai manusia kita kena redha dengan qada' dan qadar Allah SWT. Walaupun kini aku tiada seseorang yang istimewa dalam hidup tapi aku masih punya keluarga dan kawan2. Mamalah yang selalu menjadi teman aku kesana kemari. Salah satu sebab kenapa aku byk menghabiskan masa dengan mama adalah kerana aku tak nak dia merasa sunyi. Selalunya bila aku takde mama akan spend masa menjaga arwah wan. Tapi skrg arwah dah takde so tanggungjawab aku untuk sentiasa disisi mama. Menjadi driver mama kesana kemari biarpun aku sering terkejar-kejar dari ofis untuk pulang. Setiap minggu aku akan menghabiskan masa dgn mama. Mungkin kerana tu Allah belum temukan aku dengan jodohku.

Bercakap tentang jodoh, siapa yang taknak? Semua gadis menginginkan jodoh yang baik untuknya. Jodoh yang saling melengkapi kelemahannya. Jodoh yang boleh menjaganya spt mana keluarganya menjaganya. Jodoh yang boleh melayan kerenah dan perangainya. Jodoh yang sentiasa disisinya saat jatuh bangunnya. Jodoh yang ikhlas menyayanginya kerana Allah. Jodoh yang akan menjaganya sehingga hembusan nafasnyaa yang terakhir. Jodoh yang boleh menjadi imamnya didalam solat. Jodoh yang boleh menjadi wali kepada anak-anaknya. Jodoh yang boleh menyempurnakan kehidupannya yang tidak sempurna. Jodoh yang kekal hingga ke Jannah.

"Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta. "

Aku percaya. Jodoh itu akan hadir suatu hari nanti. Jodoh itu sudah ada cuma aku yang tidak tahu siapa. Kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Tapi selebihnya Allah yang menentukan. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan walaupun terpaksa mengahadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Cuma kini aku harap aku akan sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan dan mengharungi segala ujian dariNya. Aku tahu Allah takkan menguji sesuatu yg luar dari kemampuan hambanya. Dan sebab itulah yang menjadi aku seperti hari ini. Semoga tahun 2014 akan dilimpahi kebahagiaan yang sudah lama tak ku rasai. Semoga lebih diberkati dan dimurahkan rezeki. Semoga aku temui apa yang aku cari. Amin.

Selamat tinggal 2013. Tinggallah segala kesedihan dan kedukaan. Selamat datang tahun 2014. Tahun baru kisah baru.

"Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN... Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita... Jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya.." ♥

Tuesday, October 1, 2013

Teman tapi mesra.

Perkenalan..
Ia begitu singkat..
Tak siapa jangka ia berlaku..
Terlalu pantas..
Hanya sebuah perkenalan biasa..namun istimewa..
Sangat bermakna walaupun sementara..

Perkenalan yang singkat itu..
Mewujudkan satu perasaan..
Rasa disayangi dan dipeduli..
Hati yang dulu sunyi kembali terisi..
Saat aku kehilangan arwah nenek, dia ada disisi..
Sentiasa peduli..
Sentiasa cuba menghiburkan hati..

Hari demi hari..
Diri ini seakan terbiasa dengan dia..
Teman tapi mesra..
Aku rasa selesa..bahagia..
Biarpun hakikatnya, hanya teman tapi mesra..

Lama kelamaan..
Semakinku kenali..dalam diam hatiku terdetik..
Sayang..
Rasa itu kembali wujud dalam hati setelah pernah terhenti untuk menyayangi seseorang suatu masa dulu..
Dalam hati berkata, " Ya..aku sayang lelaki ini.."

Percaya..
Aku mula percaya masih ada lelaki yang baik dalam dunia ni..
Aku mula percaya tiada salahnya memberi peluang kepada hati sendiri untuk menyayangi..

Hari-hari yang dilalui..
Dihiasi senda gurau,gelak tawa..
Gaduh manja itu perkara biasa..
Biarpun nampak kasar tapi dalam hati sayang..

Tapi..
Entah dimana silapnya..
Sikit demi sikit kemesraan itu seakan hilang..
Tertanya-tanya dalam diri..
Tercari-cari dimana dia yang sentiasa disisi..
Dimana dia yang sentiasa cuba untuk membuat bibir ini senyum dan ketawa..

Namun..
Aku seakan tersedar..
Akan hakikat yang sebenar..
Dia hanyalah teman tapi mesra..
Aku hanya menumpang kasih..
Sampai masa aku tetap akan kehilangannya..

Berat..
Sungguh berat rasa hati..
Menanggung rasa yang begitu sarat dalam hati..
Saatku tahu mengapa..
Banyak yang ingin diluahkan..
Tapi bibir hanya mampu tersenyum dan ketawa..
Lidah kelu untuk berkata-kata..
Dalam hati seribu rasa..
"Sayang" aku simpan jauh-jauh dilubuk hati..
"Kecewa" kebas seluruh badan menahannya..
Aku tersepit..
Antara rela dan tidak..

Sekali lagi..
Aku hilang orang yang aku sayang..
Sekali lagi..
Dengan kekuatan yang ada, perlahan-lahan aku melepaskannya pergi..
Sekali lagi..
Aku mengundurkan diri..
Dari jauh aku mendoakan..
Kebahagiaannya dengan orang yang bertakhta dihatinya..

Selamanya..kaulah teman terbaikku..


Wednesday, December 12, 2012

Kembali.

Hati ini kan terasa sepi,
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa,
Jadi kelam dunia bila kau menjauh,
Bukan cinta membahagiakan,
Hanya keihklasan di dalam hati mu,
Untuk merasakan ikatan hati kita,
Ku ingin kau berada disisi ku,
Dalam waktu sukar atau bahagia,
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini,
Cinta kau berikanlah kekuatan,
untuk meniti cubaan dari mu,
Semoga hari kami kembali menyinari,
Jalan ini..


Tak semua benda kita mampu luahkan..kita xtahu hati org sama atau x dgn hati kita..mungkin syg kita melebihi dari syg dia kepada kita atau mungkin juga sebaliknya..selagi ia ada sy akan jaga..sebaik mungkin..

Friday, August 3, 2012

"Mix & Match" untuk si hijabista

Ada yg tanya sy mcm mana nak mix & match baju,slua and shawl dgn betul..well sy pun bukanlah terer dlm berfashion tapi sy xksah org bertanya sbb ape salahnya berkongsi tips kan :)
Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis org so maknanya pelbagai jenis citarasa la kan..sy menghormati citarasa masing2..ada yg suka pkai mcm ni ada yg suka pakai mcm tu..mcm sy pun ada citarasa tersendiri dan sy akan share dgn korang apa yg sy suka pakai :)


Okay firstly sy akan tgk baju dulu. Baju pilihan sy adalah baju yg loose2,colorful,plain or printed,long sleeve or short sleeve. Tak bermakna kita berhijab kita xboleh langsung nk pkai baju short sleeves. Boleh je as long kita pakai inner lengan panjang kat dlm. Yang penting selesa dan sopan.


Okay example loose blouse yg kat atas ni ssuai utk mereka yg sukakan long sleeve. If  baju yg korang suka tu or yg korang nak pakai tu jarang korang blh pakai inner kat dalam. Tak panas pun. If baju tu atas pinggul korang and sy tahu ada yg xkan rasa selesa if baju atas pinggul cuz ada certain org rasa ia singkat and xrasa comfortable so korang blh je pkai inner or something yg blh cover pinggul korang. Takde masalah pun :)

Bagi yg suka or nak try something yg lain sikit sy prefer korang try pkai loose short sleeve. Serious nice. Tak bermakna kita berhijab style mcm ni kita xleh pakai and xsemestinya kita kena cover dgn cardigan je. Betul x? Act sy paling suka style ni. Kalau kena dgn cara dia style ni still nampak sopan plus lg nice and look more trendy kalau dikenakan dgn turban or any kind of hijab style yg korang suka. Nampak lg stylish if it is animal printed :)








Lepas baju for sure sy akan pilih jean or long skirt. Palazzo or harem pants pun blh tapi ikut kesesuaian baju okay. Jangan main tangkap muat je okay nnt nampak mcm xkena hee. Macam baju kat atas ni sesuai dipadankan dgn skinny jean. Bagi penggemar skinny tu kalau pakai dgn baju loose seriously cantik. Even kita berhijab xsalah pakai skinny jean. Cuma depends on korang suka skinny yg ngam2 dgn kaki korang or yg loose a bit ke terpulang ikut keselesaan masing2. Yg penting baju yg korang pakai cover bahagian pinggul.

So ade pelbagai jenis skinny jeans. Ade denim biasa,ada yg color2,ada yg printed. So korang blh pilih ikut citarasa korang. Mcm sy lebih suka skinny jean plain sbb senang nk match dgn baju yg printed. Tak semestinya baju tu printed yg plain pun cantik dipadankan dgn plain skinny jean. Kalau nak nmpk lebih trendy cuba pakai skinny color. Bagi yg nk try pakai skinny color tu try pakai dgn baju printed yg ada warna seakan atau sama. Kalau xberani jugak try pkai dgn baju plain. Kalau xberani jugak apa kata try jugak jadi berani. hehe. Tak salah mencuba tapi if nk selamat just guna plain skinny je habis cerita :D







Bagi yg tak suka pakai skinny korang blh jugak pakai bootcut. Ada certain yg xselesa pakai skinny sbb die melekap kat kaki kan so blh je kalau nak padankan dgn baju loose with bootcut jean. Still look nice. Like i said depends on keselesaan masing2. Selain jeans blh je kalau nk padankan dgn long skirt. Nampak sopan but still look fashionable. Nowdays xsemestinya pkai long skirt utk majlis tertentu. Klua jalan2 pun cantik je pkai long skirt. :)

So bila korang dah tahu baju apa nak pakai and slua ape nk pakai mesti korang pk nk pkai tudung style apekan? Ha part ni bg sy pening kpale sikit haha. Kalau sy slagi xjumpa baju yg ssuai slagi tu la xkan terpikir nk pkai shawl style apa. So kne pilih betul2 dlu nk pakai baju yg mane then terus on the spot otak dah tahu nk pkai shawl style apa ble dah tgk baju tu. Macam baju2 yg kat atas ni sy lebih suka pakai shawl style turban or pashmina. For me shawl style paling ringkas turban. Senang nk pakai. Without a pin pun blh. Tu pun ikut mood jugak haha. Kalau xrasa nk pakai turban sy pkai pashmina. Pin then lilit dah habis cerita :D

Baju dah,slua dah,shawl dah,so now kasut dgn beg pulak kan? Well bab beg sy xcerewet sgt. Sy suka beg yg senang nk matching dgn sume baju. Senang. Ada jugak yg suka tuka2 beg ikut color baju tp tu bukan sy. For me 1 beg blh pkai dgn semua style. Mudah :)
Bab kasut pulak sy penggemar flatshoe. Even sy cenonet sy mmg penggemar flatshoe. Sebab apa? Sebab keselesaan flatshoe tiada tandingnya! Ewah.. :D  Tapi serious mmg betul. Andai kata apa2 jadi ke senang nak cabut lari dgn flatshoe. Nak jalan lelaju pun sonang haaa. Even sy penggemar flatshoe tapi kdg2 tu sy pkai jugak wedges kalau klua. Like i said ikut mood. Ble mood rasa nk tinggi pkaila wedges tp bila malas tahap dewa tu dtg mmg pkai flatshoe la jawabnya. Lgpun dua2 cara ni senang nk match dgn style kat atas. Look nice je :)

Untuk nampak lebih menarik penampilan korang apa kata tambah sikit accessories mcm pendant(rantai labuh) ,bangle,charm bracelet,ring yang besar2 tu ke. If ade accessories takdelah nmpk kosong je. At least pakaila one of the accessories. At least one! hee. Macam sy suka pkai semua haha. Nampak x dsitu sy akan memenuhkan ruang yg ada? hehe xlah. Depends jugak ikut mood. Rasa nk pkai rantai sy pkai. Rasa  nk pkai bangle sy pkai. Rasa nk pkai ring gedabak sy pkai. Tapi yg slalu sgt sy pkai is charm bracelet. Charm bracelet ni ssuai je nk match dgn apa jenis style. Dgn baju kurung pun cantik. Besides charm bracelet ni best. Korang blh plih apa yg korang suka. Hmm maksudnya mcm korang suka handbag so pilihlah buah rantai bentuk beg dan selebihnya terpulang nk pilih apa. Kira mcm kalau kita nk kenal seseorg tu mcm mane tgk apa yg tgantung kat charm bracelet dia. Apa yg tergantung tu la yg dia suka. :)

Okay bila da lengkap jadilah mcm ni..



Haaa cantik kan? Kalau kena dgn caranya mesti nampak cantik biarpun kita berhijab. Berhijab tak menghalang kita utk jd fashionable as long sopan. Keberanian utk mencuba kena ada. Jangan takut2. Ada jugak dikalangan hijabista yg sy kenal xberani nk berpenampilan begini. Tak mengapa as long kte still kekalkan ciri2 kesopanan tu. Org lagi suka tgk kalau kita berhijab tp still stylo and fashionable. Tak perlu pakaian yg berjenama je xperlu yg mahal2 utk tampil mcm ni. Macam baju2 yg kat ts kat bb sume tu kalau korang pandai pilih ia tetap akan nmpk mahal. Apetah lagi if kena dgn cara mix & match mesti lagi nmpk menarik tertarik kau mmg hijabista :D

So terpulang kat korang. Sy hanya berkongsi tips je. Sumenya bergantung pada individu masing2. Nak cuba sy lg menggalakkan. Xnak cuba sy xpaksa. Tapi kalau blh cubalah. Mesti korang nmpk lg comel dan cun melecun. Ingat,biarpun kita berhijab ia tidak sesekali menghalang kita utk tampil menarik and fashionable. So gudluck hijabista sekalian! :)



Love,
ellafadyla




Thursday, August 2, 2012

Wujud

Kau terasing
Di jiwaku bermimpi
Setiap nadiku
Kau wujud selalu
Kau syurga
Seindahnya dirimu
Hanya kerana
Cintanya kau wujud
Kau adalah diriku
Dan aku adalah dirimu
Hanya Tuhan tahu
Apa ada depan nanti
Telah lama aku nantikan
Dari saat aku dipisahkan
Dari sinar bintang
Yang menghilang
Ku akui
Dia memang buatku nyatakan
Harap aku kan selalu denganmu
Ku menanti
Saat hadirnya aku semula
Yang seadanya
Ku telan masa
Maafkan aku
Kerna diriku
Tak pernah sempurna untukmu
Kau yang satu
Kau teragung
Hidup matiku
Kerana cinta
Cinta ada hanya untukmu
Bila tiba saatnya kan bertemu..





Ia hanya sebuah lagu tapi lirik dia tu yg sy suka sgt..
Mendalam..menyentuh hati..saat ini dibelenggu emosi..untuk apa..sy sendiri kurang pasti..

Wednesday, August 1, 2012

Sesuatu yang tersimpan.

#np Tercipta Untukku by Ungu feat Rossa

Okay. Ni kali pertama sy update blog since last year. Oh my last year okay? Berhabuk bersawang bagai blog ni. Sory lama menghilang :) Btw bukan sengaja tp atas sebab2 tertentu sy menyepi seketika. Hurm..kaku pulak jari jemari ni nak menaip hee..

Act,malam2 camni tetiba rasa nk update something. To someone yg tersangat special. Time camni die dah hanyut dibuai mimpi and sy plak xblh nk tido. Mate sgt mengada malam ni. hehe.

Dia. Siapa dia? Biarlah rahsia. hehe. If nak cerita dr awal smpai besok pun takkan habis. So biarlah kisah perkenalan tu kami berdua je yg tahu. Termasuk DIA. Bersyukur pada DIA sbb mengurniakan seorang lelaki yg sgt istimewa dlm hidup sy. Sgt istimewa sampai xboleh nak diluahkan dgn kata2 betapa istimewanya dia dlm hati sy. Ye terlalu istimewa :)

Sepertimana sy xmampu nk luahkan dgn kata2 betapa istimewanya dia,macam tu jugalah sy xmampu nk ungkap betapa kuatnya perasaan sayang tu. Yes, "sayang". Then, "cinta". Lepas sayang menjadi cinta. Mesti korang pernah rasakan? Bestkan perasaan tu? Macam berbunga2 je HAHA.

Well, utk rasa semua tu kita tak perlukan seseorang yg terlalu hebat. Biar sederhana tapi cukup istimewa buat kita. Tak perlu kaya berkepuk duit di poket utk bahagia. Tak perlu kacak gila utk bahagia. Tak perlu MR.PERFECT utk bahagia. Tak perlu beromantikadeamor 24hours utk bahagia. Cukuplah sekadar sederhana tapi menyenangkan. Maka,wujudlah bahagia. kan? :)

Awak..ye utk awak..sy tahu awk tahu sy syg awk kan? Tapi kadang2 ade certain things yg sy rasa mcm tak terluah. Kadang2 sy nk sgt cakap tapi mcm tercekik kat anak tekak ni HAHA. Sebab tu sy slalu tsasul kalau bcakap dgn awk pastu awk sakan gelakkan sy. Pantang sy tsasul sikitkan? hehe sy suka moment tu. Sesi bergelak ketawa dgn awk yg paling fun! Serious sy suka even muka malu xtaw nk sumbat kt mane mase tu tapi sy suka :D
Awak..sy nak cakap tapi xterluah..haha terukkan sy? Tapi sy sayang awak..ini serious tak tipu :)
Lagu ni untuk awak..lagu ni kira menyampaikan ape yg tersimpan dlm hati sy ni lah heee >.<

Kalau syg sy CLICK JANGAN TAK CLICK! haha!

Tercipta Untukku by Ungu feat Rossa

Awak..terima kasih sbb ada dalam life sy..demi Allah sy sayang awak :)
Selamat malam si pencuri hati :)