Tuesday, June 14, 2011

Stress kerana CINTA??



Wahhhh title kat atas "hot" tak?? hahaha eh lupe plak. Assalamualaikum :) hehe. Back to our topic for today which is "Stress kerana CINTA" , i saje nk share dgn uolls kot2 uolls blh manfaatkan beberapa tips ni yg i bace kat mag DARA. Memanglah lumrah mereka yg bercinta tu akan mengalami mslh ni but kte kne pandai handle situation ni. Kalau kte tak kuat and tak pandai nk handle benda ni ssh nnt. So meh i share dgn korang dgn lebih details lg ok! :)


Antara tips-tips yang korang boleh guna :


1) Jangan letakkan kebahagiaan anda di tangan pasangan anda semata-mata.

- Ok based on topik ni korang sendiri tahu kebahagiaan sesuatu hubungan tu tidak terletak kat
tgn sesiapa melainkan diri sendiri. Menurut Abraham Lincoln, kebahagiaan terletak pd cara
seseorang itu berfikir. If individu tu berfikiran positif dan gembira begitu jugaklah kehidupan
nya and if sebaliknya ia akan menambahkan kelemahan individu kerana sekiranya sesuatu
berlaku kpd psngn @ perhubungan , dia akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.


2) Jangan mengharapkan pasangan anda untuk memenuhi segala impian dan kehendak anda.
- Oleh itu ada kemungkinan harapan, impian dan kehendak anda tidak dapat dipenuhinya
kerana dia juga punyai harapan , impian dan kehendak diri sendiri yg perlu dipenuhi.
Pasangan yg bahagia bersedia utk berkongsi apa yang ada dan tidak memaksa satu sama lain
utk menjadi alat mencapai impian.


3) Jangan terlalu serious dalam perhubungan.

- Memanglah kita mesti memandang serious sesuatu perhubungan tetapi jgn terlalu serious
dlm perlaksanaannya. Cinta adalah utk dinikmati bukan utk menyeksa seseorg individu.
Just relaks dan cuba menikmati setiap detik yg berlalu dengan lebih bermakna dengannya.


4) Jangan memendam perasaan sekiranya berlaku konflik @ pertengkaran.
- Ada pasangan yg mengelak drpd membincangkan isu2 yg menimbulkan konflik malah
ada yg tidak mengakui kewujudan konflik dlm perhubungan mereka. Kegagalan ini hanya
akan merumitkan keadaan kerana akan ada pihak yg tidak PUAS HATI. Dalam erti kata
lain ia hanya akan menjadi 'KUDIS YANG BERNANAH' sekiranya tidak diubati.


5) Elakkan cuba mengubah kekasih anda!

- Setiap individu adalah hasil drpd pembentukan personaliti yg memakan masa bertahun-
tahun. Adalah mustahil bg kita utk mengubah pasangan mengikut cita rasa sendiri.
Tingkatkan empati dan cuba memahami pasangan drpd perspektif dirinya pula. Apakah
perasaan anda sekiranya pasangan anda cuba utk menukar diri anda yg sebenar? Sebagai
alternatif , anda blh mencuba utk berdiplomasi dgn pasangan dan meminta dia lebih peka
tentang aspek2 yg anda senangi @ kurang senangi tentang dirinya.


Sume tips2 kat ats ni korang blh manfaatkan. Insyaallah segalanya akan ok. Kita kena tangani stress mcm ni supaya kemesraan antara kita dan psngn kita tu tak berkurang. Its better if kita cube elakkan stress tu drpd cuba mengatasi stress tu ble ia jadi. So fikir-fikirkanlah ye teman2 :)
Jangan stress2 tapi sayang2 mcm gini taw! :D


p/s : Tips ni utk diri i jugak HEHE ^^,

1 comment: