Monday, December 30, 2013

Perginya 2013.

2013...

Permulaan yang menggembirakan..membahagiakan..sebagai gadis yg berumur 22 tahun..aku punya keluarga, punya kekasih hati, punya kerjaya sendiri..Alhamdulillah aku bersyukur untuk kurniaNya yang amat berharga dalam hidupku..cukup sempurna..

Namun awan tak selalu cerah..hujan juga akhirnya..dugaan datang tanpa ku duga..entah dimana silapnya sekelip mata hati seseorang berubah..dia yang aku sayang sepenuh hati kini tidak lagi ku kenal..mulanya aku anggap ia hanya ujian untuk sebuah perhubungan..adat bercinta mestilah ada manis pahitnya..aku cuba selitkan perasaan yg positif setiap kali fikiran negatif muncul..bermacam-macam yang telah aku lakukan untuk pertahankan perhubungan itu..namun aku tahu kalau dah tertulis dia bukan untukku, apapun yang aku lakukan dia tetap takkan jadi milikku..aku redha..dengan ikhlas hati melepaskan dia yang kini bahagia bersama seseorang yang aku kenali..

Selepas peristiwa itu aku cuba memulakan sebuah kehidupan yang baru..bersama kerjaya yang baru ditempat yang baru..Alhamdulillah..hidup aku makin bz dengan kerja dan itu yang membuatkan aku lupa pada peristiwa pahit itu..tapi parutnya masih ada sehingga kini..di sana aku mengenali seseorang..seseorang yang membuatkan aku dicuit rasa bahagia..macam org mula2 bercinta..indahkan rasa tu? Disebabkan aku masih trauma dengan cinta yang dulu, aku cuba menjarakkan hubungan kami. Kami tak declare, hanya teman rapat. Dia pulak rajin melayan aku. Dia layan aku macam seseorang istimewa a.k.a gf walaupun kami xpernah sebut tentang hubungan kami. Sampailah suatu hari kami makan bersama dan waktu itulah dia membuka mulut menyebut tentang kesahihan hubungan kami. Mula-mula dia seolah-olah taknak cakap tapi aku perasan renungan matanya berbeza sejak kebelakangan ni. Sebaik saja dia memberitahu tentang perkara itu aku terus terdiam. Meneruskan suapan makanan walaupun hakikatnya aku dah tak rasa lapar lagi. Saat tu aku cuba mengumpul kekuatan utk tidak mengalirkan airmata biarpun dia memandang tepat ke mata ku. Aku senyum. hanya itu kekuatan yang aku ada saat itu. Tahu apa yg aku rasa masa tu? Kosong. Sekosong-kosongnya. Aku memandangkan matanya dan senyum. Saat itu aku dpt melihat wajah serba salahnyaa kerana melukakan hati aku. Berkali-kali dia memohon maaf. Reaksi aku? Hanya senyum dan berkata 'takpe..'

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.."

Sejak dari tu, dia tidak lagi menegurku. Kami seperti orang asing walaupun setiap hari bertembung. Almaklumlah satu ofis dan meja pulak dekat je. Teman ofisku semua perasan. Sehingga kini kami xpernah lagi bertegur sapa di ofis. Aku dgn kerjaku dan dia dengan kerjanya. Tipulah kalau hati aku tak terluka. Biarpun aku bukan gf dia tapi aku pernah sayang dia. Pernah berkongsi kebahagiaan dan juga kesedihan.

Kesedihan? Ya..kesedihan..
Sewaktu bulan puasa yang lalu, arwah nenek bertambah tak sihat. Dia tidak lagi macam dulu selalu berborak bergelak ketawa dengan kami semua. Dia jadi semakin tak berdaya untuk melakukan apa-apa. Sebaik sahaja arwah nenek jadi macam kami semua xberpeluang dah untuk berborak dengan dia seperti selalu. Fizikalnya seperti tak sedar tapi sebenarnya dia masih sedar. Waktu tu anak-anaknya (mama dan adik beradik mama) sering disisinya. Menemaninya..menjaganya..melayannya dengan penuh kasih sayang..cuba beri yg terbaik untuknya..sering menghabiskan masa mereka bersamanya..aku sendiri melihat bagaimana mereka menguruskan arwah wan..dan begitu jugalah yang akan aku lakukan kepada keluargaku nanti..
Raya tahun ni tak sempurna bagi kami sekeluarga..kerana keadaan arwah wan begitu. Raya kami tak semeriah tahun lepas. Aku pun tidak pulang ke kampung kerana menurut mama tak rasa nak balik kampung. Dia nak habiskan masa dengan emaknya. Aku dan papa akur. Kami tak pulang ke kampung. Begitu juga saudaraku yang lain mereka pun tidak kemana-mana. Tetap disisi menemani arwah wan.
Pada hari raya ke3, selepas subuh aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama. Aku dengar suara mama berbeza. Mama menyuruhku bersiap dan datang ke rumah arwah wan segera. Aku bingkas bangun dan bersiap. Kemudian aku terus ke rumah arwah wan. Waktu itu bermacam benda bermain di minda. Aku seperti dpt mengagak tapi aku cuba berfikiran positif. Tiba saja di rumah arwah wan, mama memandang wajahku sayu. Mama menyuruhku pergi melihat arwah wan. Aku melihat arwah wan kaku. Pucat. Aku memandang wajahnya, memegang tangannya sejuk. Dan aku menyebut.."Wan.." Saat itu aku melihat semua seperti pasrah dalam rela. Dan saat itu juga bapa saudaraku dan emak saudaraku mengatakan yang arwah wan dah takde. Dia dah pergi buat selamanya. Aku tak mampu menanggung rasa sedih lagi. Akhirnya airmataku gugur dan terus gugur tanpa henti. Hancur luluh hati ini hanya Allah yang tahu. Aku kini kehilangan satu-satunya nenek yang aku ada. Satu-satunya nenek yang membesarkanku. Terlalu banyak memori indah sewaktu aku kecil bersamanya. Nasihatnya akan aku ingat. Begitu juga redup pandangan matanya, masih segar diingatan. Bila rindu pusaranya menjadi tatapan. Biarpun bz dgn kerjayaku tapi bila ada kelapangan aku akan menziarahi pusaranya kerana disitulah aku dpt melepaskan rindu. Alfatihah.

Perginya arwah wan merupakan satu kehilangan yang besar bagi kami sekeluarga. Terlalu berat dugaan ini bagi keluargaku dan juga diriku. Tahun 2013 ini tidaklah seindah yang ku sangka. Satu demi satu aku hilang. Satu demi satu terpaksa aku lepaskan tanpa rela. Namun aku sedar semua ini sudah tertulis. Inilah yang telah tersurat. Sebagai manusia kita kena redha dengan qada' dan qadar Allah SWT. Walaupun kini aku tiada seseorang yang istimewa dalam hidup tapi aku masih punya keluarga dan kawan2. Mamalah yang selalu menjadi teman aku kesana kemari. Salah satu sebab kenapa aku byk menghabiskan masa dengan mama adalah kerana aku tak nak dia merasa sunyi. Selalunya bila aku takde mama akan spend masa menjaga arwah wan. Tapi skrg arwah dah takde so tanggungjawab aku untuk sentiasa disisi mama. Menjadi driver mama kesana kemari biarpun aku sering terkejar-kejar dari ofis untuk pulang. Setiap minggu aku akan menghabiskan masa dgn mama. Mungkin kerana tu Allah belum temukan aku dengan jodohku.

Bercakap tentang jodoh, siapa yang taknak? Semua gadis menginginkan jodoh yang baik untuknya. Jodoh yang saling melengkapi kelemahannya. Jodoh yang boleh menjaganya spt mana keluarganya menjaganya. Jodoh yang boleh melayan kerenah dan perangainya. Jodoh yang sentiasa disisinya saat jatuh bangunnya. Jodoh yang ikhlas menyayanginya kerana Allah. Jodoh yang akan menjaganya sehingga hembusan nafasnyaa yang terakhir. Jodoh yang boleh menjadi imamnya didalam solat. Jodoh yang boleh menjadi wali kepada anak-anaknya. Jodoh yang boleh menyempurnakan kehidupannya yang tidak sempurna. Jodoh yang kekal hingga ke Jannah.

"Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta. "

Aku percaya. Jodoh itu akan hadir suatu hari nanti. Jodoh itu sudah ada cuma aku yang tidak tahu siapa. Kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Tapi selebihnya Allah yang menentukan. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan walaupun terpaksa mengahadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Cuma kini aku harap aku akan sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan dan mengharungi segala ujian dariNya. Aku tahu Allah takkan menguji sesuatu yg luar dari kemampuan hambanya. Dan sebab itulah yang menjadi aku seperti hari ini. Semoga tahun 2014 akan dilimpahi kebahagiaan yang sudah lama tak ku rasai. Semoga lebih diberkati dan dimurahkan rezeki. Semoga aku temui apa yang aku cari. Amin.

Selamat tinggal 2013. Tinggallah segala kesedihan dan kedukaan. Selamat datang tahun 2014. Tahun baru kisah baru.

"Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN... Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita... Jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya.." ♥